usha + tawakkal = kejayaan.. hemm.. di perhujung pengajian ni.. subjek2 last ni lah yang menentukan PNGK keseluruhan.. berdebar2 jgk rasanya.. skrg ni hanya doa yang mampu dipanjatkan buat Nya..
Bila habis je exam.. dh x ada tekanan dah.. solat hajat, doa pun berlalu, bersama exam yang dah lepas kita tempuhi.. Astaghfirullah hal azim.. terlalu selesakah kita???..
Skrg kan zaman yang mana pelbagai perkara, hal , urusan-urusan duniawi yang secara sedar atau tidak akan melupakan kita kepada pencipta kita. Secara langsung atau tidak langsung, sedikit demi sedikit atau sekaligus, kealpaan kita terhadap mengingati Tuhan tetap amat mudah di dunia yang serba canggih sekarang ini.
Pernahkah kita duduk termenung memikirkan, apakah kita ini akan selamat selama-lamanya?? Apakah kita sudah mendapat rahmat, berkat, redha dan hidayah Allah atau belum?? Apakah kita merasa yang kita akan sentiasa hidup dengan selesa di muka bumi yang bukan hak milik kita ini?? Tidak malu kah kita yang hanya duduk menumpang tetapi beraksi seperti bumi ini kita yang punya? Tidak malu kah kita lebih suka ikut selera dan pendapat akal kita yang serba lemah ini dari pada mengikuti wahyu dari Allah?? Tafakkaruuuuuuu……………
“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?. atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku? Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.” surah Al Mulk : Ayat 16 – 18
Terfikirkah kita, berapa banyak masa dalam sehari kita luangkan untuk mengingati Tuhan kita?? Berapa banyak masa kita luangkan untuk memujiNya?? Kita diberi 24 jam sehari, berapa jam kah kita gunakan utk bersama ALlah? Masa solat 5 waktu sehari semalam?? Adakah masa solat itu hati kita boleh khusyuk sepenuhnya?? Jika masa solat x boleh khusyuk sepenuhnya, mana masa2 lain untuk mengingati ALlah? Atau pun kita lebih ingat pada tesis, exam, makan dan ehem2 (subhanallah, kta sama2 mintak dijauhkan).
“Tidak lah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri padaKu”. Ana pun takut mendengar ayat dari Surah Az Zaariyaat ini. adakah kita menjalankan peranan kita sebagai hamba?? Ingatkah kita, di zaman dahulu kala, wujud perhambaan pada manusia. Bagaimana hamba2 itu diperlakukan?? Tuan dia suruh buat itu ini, semuanya kena akur. Boleh ke hamba2 itu x akur?? Padah la jawabnya..
Coretan ini bukan sahaja untuk mengingatkan sahabat/sahabiah sahaja, tetapi untuk mengingatkan diri sendiri yang lemah imannya ini.. segala yang kita buat didunia ini adalah untuk mendapat MARDHOTILLAH..
Wallahu'alam...
12.40 pm
B-1-1,KUO
(dh lambat nk gi discussion..huhu)
0 comments:
Post a Comment