Tinta Nurani

"Ukhuwwah FILLAH"


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..


Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
Vs

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak
yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. . dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya... .


Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. .ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...


Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...


10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonny a berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...


Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...


Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .


Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??


Buat renungan kiter bersame...

Alhamdulillah...dah habis 2 paper exam..tinggal 1 lagi paper.hehe..
usha + tawakkal = kejayaan
..
hemm.. di perhujung pengajian ni.. subjek2 last ni lah yang menentukan PNGK keseluruhan.. berdebar2 jgk rasanya.. skrg ni hanya doa yang mampu dipanjatkan buat Nya..

BismillahirrahmanirrahimYa Allah, beriknlah kami ksmptn waktu untk memohon dariMu..anugerahknlah kjyaan dlm peperiksaan kami ini..anugerahknlah kejayaan kpd semua rakan2 kami..jgn ada antara kami yg sedihnya sendirian..andai telah tulis d luhmahfuz akan kegagalan kami maka ubhlah mnjd kjyaan..Engkau yg Maha Agung, mudah2 an kptsn fasa ini lbh cemerlang dr sebelumnya..Kejayaan mengiringi kami..berkatilah ilmuMu kpd kami agar dpt d manfaatkn ke jln Mu yg di redhai..aminn..

Bila habis je exam.. dh x ada tekanan dah.. solat hajat, doa pun berlalu, bersama exam yang dah lepas kita tempuhi.. Astaghfirullah hal azim.. terlalu selesakah kita???..

Iklan : Comenye azam tdo..

Skrg kan zaman yang mana pelbagai perkara, hal , urusan-urusan duniawi yang secara sedar atau tidak akan melupakan kita kepada pencipta kita. Secara langsung atau tidak langsung, sedikit demi sedikit atau sekaligus, kealpaan kita terhadap mengingati Tuhan tetap amat mudah di dunia yang serba canggih sekarang ini.


Pernahkah kita duduk termenung memikirkan, apakah kita ini akan selamat selama-lamanya?? Apakah kita sudah mendapat rahmat, berkat, redha dan hidayah Allah atau belum?? Apakah kita merasa yang kita akan sentiasa hidup dengan selesa di muka bumi yang bukan hak milik kita ini?? Tidak malu kah kita yang hanya duduk menumpang tetapi beraksi seperti bumi ini kita yang punya? Tidak malu kah kita lebih suka ikut selera dan pendapat akal kita yang serba lemah ini dari pada mengikuti wahyu dari Allah?? Tafakkaruuuuuuu……………


“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?. atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku? Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.” surah Al Mulk : Ayat 16 – 18


Terfikirkah kita, berapa banyak masa dalam sehari kita luangkan untuk mengingati Tuhan kita?? Berapa banyak masa kita luangkan untuk memujiNya?? Kita diberi 24 jam sehari, berapa jam kah kita gunakan utk bersama ALlah? Masa solat 5 waktu sehari semalam?? Adakah masa solat itu hati kita boleh khusyuk sepenuhnya?? Jika masa solat x boleh khusyuk sepenuhnya, mana masa2 lain untuk mengingati ALlah? Atau pun kita lebih ingat pada tesis, exam, makan dan ehem2 (subhanallah, kta sama2 mintak dijauhkan).


“Tidak lah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri padaKu”. Ana pun takut mendengar ayat dari Surah Az Zaariyaat ini. adakah kita menjalankan peranan kita sebagai hamba?? Ingatkah kita, di zaman dahulu kala, wujud perhambaan pada manusia. Bagaimana hamba2 itu diperlakukan?? Tuan dia suruh buat itu ini, semuanya kena akur. Boleh ke hamba2 itu x akur?? Padah la jawabnya..

(Nak artikel panjang lagi, kunjungilah sumber : http://hikmatun.wordpress.com/2007/02/10/adakah-kita-merasa-aman-dan-selesa-dari-kemurkaan-allah/)

Dalam hidup ini kita perlu saling ingat mengingati, iman ibarat roda, ada msa diatas, kadang2 dibawah.. bila kita terlalu selesa, segala nikmat dunia menutupi mata kita.. Sahabat-sahabat, alertlah dengan rakan2 sekeliling anda.. bila terlihat ada sahabat yang dah nak terhanyut cepat2 lah tarik.. kita sama2 bahagia di dunia, kita juga nak sama2 bahagia di akhirat..

Coretan ini bukan sahaja untuk mengingatkan sahabat/sahabiah sahaja, tetapi untuk mengingatkan diri sendiri yang lemah imannya ini.. segala yang kita buat didunia ini adalah untuk mendapat MARDHOTILLAH..

Wallahu'alam...

12.40 pm

B-1-1,KUO

(dh lambat nk gi discussion..huhu)




Zikir ( amalan setiap hari Jumaat ) oleh Tuan Guru Nik Aziz

Marilah kita sama-sama amalkan....

Halwa Telinga..

Demi Masa

Perkongsian bersama...

Perkongsian bersama...
Amalkan zikir diatas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Renungan bersama...



"Hamba yang cinta pada ALLAH adalah hamba y menyerahkan hawa nafsunya, x putus2 b'zikir pd tuhannya, mendirikn hak2 ALLAH, melihat ALLAH dgn mata hati, Sekiranya ia b'bicara dgn Tuhannya. Sekiranya ia bercakp. ia bercakap tntg ALLAH, Sekiranya ia bergerak, ia bergerak ats perintah dari ALLAH dan skiranya ia senyap, ia bersama2 ALLAH.Ia disisi ALLAH, untk ALLAH, dan bersama ALLAH....."

Followers

About Me

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
"Sahabat sejati ibarat seorang guru..Bimbingku ke daerah sunnah, mendidikku dengan tarbiah, bersama menongkah perit ujian, dalam menggapai kejayaan mencari iman dan menuai takwa sbg bekal perjalanan menuju kejayaan hakiki..."