Tinta Nurani

"Ukhuwwah FILLAH"

kadang kala untuk hidup bahagia kita perlu membuat banyak pengorbanan, perasaan, diri, tenaga, wang ringgit dan masa. kita hanya manusia biasa. punya banyak kelemahan. mewarisi pelbagai jenis penyakit. dididik dengan akhlak tertentu. yang kemudiannya akan membentuk siapa kita. makanan yang kita makan, pembawakan diri kita, cara kita menangani permasalahan hidup semuanya menyatakan siapa diri kita.

hati yang bermasalah perlu dirawat kerana semua kehidupan bermula dengan hati. sabda nabi yang membawa maksud; hatilah yang dipanggil raja, kalau baik hati itu maka baiklah orang itu dan vice versa.

lalu bagaimana mahu merawat masalah hati?

1.Dirikan solat dan banyakkan berdo’a

- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.

Semasa berdo’a turut katakan -

“Ya Allah, jadikanlah hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

paling minima 100 X sebelum tidur

-Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati

dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran

- Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.

Sekurang- kurangnya bacalah”Qulhu-allah” sebanyak 3 kali

5. Berma’af-ma’afan sesamakawan setiap hari

-Semasa meminta maaf perlusebutkan dosa dan kesalahan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif -

Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,

merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri

7. Program minda/cuci minda -

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

senyum, pejam mata, katakan dalam hati:

“Ya, Allah cucilah mindaku, cucilah hatiku, esok aku mahu jadi yg terbaik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif”.

Menurut kajian psikologi,

apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

- CUBALAH!!.

8. Berpuasa

-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara

kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati

kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan -

jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. berpesan- pesan sesama sendiri , jadi baik.

17. Menjaga pacaindera

(mata, telinga, mulut…dsb),

Jangan dengar orang mengumpat.

pokok pangkalnya, hati yang baik datang dari jiwa yang qanaah.

hidup berilmu, ceria selalu.

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi dengan limpah izinnya, kita diberi peluang skali lagi untuk berjumpa dgn bulan yang pnuh barokah, bulan Ramdhan... Dua tiga tahun kebelakangan ini, dirasakan ramadhan begitu cepat berlalu... mungkin terlalu sibk dengan kerja2 seharian (assignment, kuliah, discussion etc..).. hemm..kdg2 bermain di ruang fikiran, adakah amalku dibulan ramadhan sama je dengan bulan2 lain.. alangkah ruginya diriku.. Namun, sekarang aku diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.. azamku untuk meningkatkan amalan dibulan yg barokah ini kerana tidak ku ketahui, dapat lagikah aku berjumpa dengan ramadhan ditahun depan??. Rebutlah peluang yang ada.. Sama-sama kita renungkan.. Wallahualam.
video

Zikir ( amalan setiap hari Jumaat ) oleh Tuan Guru Nik Aziz

Marilah kita sama-sama amalkan....

Halwa Telinga..

Demi Masa

Perkongsian bersama...

Perkongsian bersama...
Amalkan zikir diatas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Renungan bersama...



"Hamba yang cinta pada ALLAH adalah hamba y menyerahkan hawa nafsunya, x putus2 b'zikir pd tuhannya, mendirikn hak2 ALLAH, melihat ALLAH dgn mata hati, Sekiranya ia b'bicara dgn Tuhannya. Sekiranya ia bercakp. ia bercakap tntg ALLAH, Sekiranya ia bergerak, ia bergerak ats perintah dari ALLAH dan skiranya ia senyap, ia bersama2 ALLAH.Ia disisi ALLAH, untk ALLAH, dan bersama ALLAH....."

Followers

About Me

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
"Sahabat sejati ibarat seorang guru..Bimbingku ke daerah sunnah, mendidikku dengan tarbiah, bersama menongkah perit ujian, dalam menggapai kejayaan mencari iman dan menuai takwa sbg bekal perjalanan menuju kejayaan hakiki..."